tempahan dan pembayaran

Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor Mangkat

- Rakyat berkabung 7 hari
- Semua majlis rasmi dibatalkan
- Pemasyuran Sultan baru hari ini

Sultan Johor, Almatawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail 77, yang memerintah Johor hampir 3 dekad, magkat pada 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira 11.30 malam tadi.

baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakankan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2.00 petang.

Sultan Iskandar yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984, baginda dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Di-Pertuan Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5petang kelmarin dan magkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengahari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Al-fatihah, semoga dicucuri rahmat ke atas baginda..

Amin..

0 comments:

Post a Comment

Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor Mangkat

Posted by ~cNastygurlz~ at 1:22 AM

0 comments on "Sultan Johor Mangkat"

Post a Comment